ITINERARY SEOUL 7 HARI DAN 6 MALAM (PART 2)


Sambungan........

Hari 4 / Day 4

Hari ini, plan untuk ke theme park! πŸ™ŒπŸ˜™ Theme park di korea ini ada banyak tetapi yang popular adalah EVERLAND dan LOTTE WORLD.

1. Everland (Largest Theme Park)







( 199, Everland-ro, Pogok-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do)

Open Hour: 10:00 am - 10:00 pm
Bayaran masuk + Rides :
1) One-day tiket ( Sampai 5 petang sahaja) : Dewasa 54,000 won (RM199.69) / Remaja ( 13 - 18 tahun) 46,000 won (RM170.00) 
2) Tiket malam (Selepas jam 5 petang) : Dewasa 45,000 won (RM166.41) /  Remaja 39,000 won (RM144.22)

#TIPS: Untuk murah, anda boleh beli tiket awal di Klook. 😊

Cara untuk pergi:
Gangnam Station (Line 2) Exit 10. Then ambik bas No. 5002 (mengambil masa dalam 50 minit hingga 60 minit). Tapi tak terus sampai Everland tau. Kena ambil Shuttle bas untk ke pintu masuk everland. Jangan risau, shuttle bas adalah free.

ATAU

2. Lotte World




(240, Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul)

Bayaran masuk :
1) Universal fee (Lotte World+ Folk Museum) 1 hari (Sampai Jam 4 Petang sahaja)
Dewasa : 55,000 won (RM203.39) / Remaja : 48,000 won (RM177.51)

Selepas jam 4 petang (Tiket malam)
Dewasa : 44,000 won (RM162.71) / Remaja : 38,000 won (RM140.53)

Cara untuk pergi:
Subway : Jamsil Station (Seoul Subway Line 2,8) Exit 4.
Lotte World bersambung directly dengan station.

Antara dua taman tema ini, anda boleh pilih yang mana anda mahu pergi. 😊

Setelah penat mengelilingi taman tema, perut pun lapar so, kita dinner lamb bbq.

3. Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant.




(15, 95-gil Nohyeon-ro, Gangnam-gu, Seoul)
Open Hours: 04:00 pm - 02:00 am 
Harga makanan : 
Grilled: 3,000 won (RM11.09) - 22,000 won (RM 81.36)
Meal: 1,000 won (RM 3.70) - 5,000 won (RM18.49)
Cara untuk pergi:
Yeoksam Station (Seoul subway Line 2) Exit 6 atau Exit 2. Then google map cara untuk pergi ke sana. πŸ™ˆ


Anggaran bajet untuk hari ke 4 ialah
1) 82,000 won (RM305) = Everland tiket 54,000 won (RM199.70) + Yang good Grilled menu 22,000 won (RM81.36) + Yang good meal 6,000 won (RM22.20)
2) 83,000 won (RM307) = Lotte World tiket 55,000 won (RM203.40) + Yang good grilled menu 22,000 won (RM81.36) + Yang good meal 6,000 won (RM22.20)

Hari 5 / Day 5 Hari Membeli belah!

1. Namdaemun market

Namdaemun market ialah pasar tradisional yang terbesar di Korea. Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual di dalam pasar ini daripada barang yang kecil sampailah yang besar, malahan makanan pun ada! Bagi yang muslim kena survey dulu sebelum makan okay?

(21, Namdaemunsijang 4-gil, Jung-nu, Seoul)

Open hours: TUTUP pada hari AHAD
Buka jam 11:00 malam - 05:00 petang esok hari. Berbeza mengikut kedai. 

Cara untuk pergi :
1) Subway :  Hoehyeon Station (Seoul subway Line 4) Exit 5
2) Bas: Namdaemun Market & Hoehyeon Station Bus Stop
- Green Bus: 0013, 0014, 0015, 7011, 7013, 7017, 7022
- Blue Bus: 130, 104, 152, 162, 163, 201, 202, 261, 406, 500, 501, 502, 503, 504, 505, 506, 507, 701, 708
- Red Bus: 2300, 2500, 9411


Anggaran bajet untuk di namdaemun ialah 30,000 won (RM 112)


Bagi peminat kpop, adalah WAJIB untuk anda melawat tempat-tempat yang menjual barangan kpop. πŸ˜† Bagi saya, saya peminat BTS dari zaman N.O. Hehehe. Oleh itu, wajib untuk saya melawat tempat-tempat yang menjual barangan BTS! πŸ’–

2. BT21 STORE dan CAFE (LINE FRIENDS) 





BT21 store terletak di tingkat 2 bangunan Line Friends. Antara barang-barang yang dijual adalah alat tulis, baju-baju, jaket, mug, plushies, dan banyak lagi. Dan semua comel-comel! Saya tak pasti harga di store berapa tapi apa yang saya lihat di online store agak mahal juga. Jika anda bercadang untuk beli banyak barang dari BT21 store, anda kena sediakan bajet yang banyak. 😊 

Anggaran bajet yang saya letak untuk BT21 ialah 80,000 won (RM297)

Dan adalah wajib untuk singgah ke BT21 cafe!!!



Harga satu minuman adalah 5,000 won (RM18.50). Kalau didarab dengan tujuh (5,000 won x 7 = 35,000 won bersamaan RM 129.50) Peh, menangis darah dompet kalau begini. 

3. Underground Kpop store in Myeongdong





Daripada blog-blog dan youtube yang saya telah lihat, Myeongdong mempunyai kedai-kedai kpop ataupun dikenali sebagai Kpop Heaven kerana banyak barangan kpop yang dijual dengan harga yang murah. Oleh itu, saya bercadang untuk survey sebanyak yang boleh.

Cara untuk pergi kesana:
Hanya pergi ke Myeongdong station.

Anggaran bajet 70,000 won (RM 260)

So, tamat sudah hari ke 5. Yeah!

Anggaran keseluruhan untuk hari ke 5 ialah 215,000 won (RM 798) = Namdaemun Market (30,000 won) + BT21 Store (80,000 won) + BT21 Cafe (35,000 won ) + Kpop underground Store (70,000 won)

Hari berangkat pulang

-Check out hotel/hostel/guesthouse
-Dari Incheon Airport - KLIA Airport.
-Sampai di Malaysia


Bajet keseluruhan

  • Hari 1 = 57,920 won
  • Hari 2 = 39,500 won
  • Hari 3 = 48,500 won
  • Hari 4 = 82,000 won
  • Hari 5 = 215,000 won
  • Jumlah = 442,920 won (RM 1650)
"   Ini adalah anggaran bajet yang saya buat. Anda boleh jadikan sebagai panduan atau idea untuk anda merancang bajet anda. Sebab bajet ini memainkan peranan yang sangat penting. Jika anda rasa terlalu banyak atau sedikit anda boleh minus yang mana anda tidak mahu buat or tambah yang mana anda mahu buat. 

Bajet ini tidak termasuk tiket penerbangan, tempat penginapan, makanan sampingan, dan tambang subway. Jadi plan lah dari sekarang. Harap saya dapat membantu sedikit sebanyak yang anda semua perlukan okay?  "

So, tamatlah sudah itinerary kita di Seoul selama 7 hari dan 6 malam ( Hari tiba + 5 hari di Seoul + Hari pulang). Saya harap itinerary ini dapat membantu anda semua yang ingin merangka plan anda sepanjang anda berada di Seoul. 

Sebarang penambahan dan perubahan akan saya update, okay? Semoga anda selamat dan enjoy your trip to Korea. πŸ™‹

p.s: Segala gambar yang saya gunakan untuk blog ini saya dapat di Google. Saya tidak memiliki sebarang gambar tersebut. 😊

Comments