ITINERARY SEOUL 7 HARI DAN 6 MALAM


Hi guys. :) Ini adalah ITINERARY yang saya buat dengan kajian selama 5 bulan. Itinerary ini hanya sesuai untuk musim bunga dan autumn sahaja. Kenapa? Sebab masa-masa untuk melawat tempat -tempat tarikan pelancong di Seoul berubah mengikut musim. Saya ingin kongsikan sebagai panduan dan idea kepada awak semua. Itinerary ini tidak termasuk tambang subway/bas/tiket penerbangan.  So, harap dapat membantu. :) 

Hari tiba / Arriving day :

- Tiba di Seoul (Jangkaan dalam tengah hari atau petang)
- Pergi ke tempat penginapan. (Myeongdong @ Itaewon - tapi saya lebih prefer Myeongdong sebab ada night street food)
- Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan esok hari.

Hari 1 /  Day 1 ISTANA DI SEOUL (SELAIN HARI ISNIN DAN SELASA):

Kenapa? Sebab selain hari Isnin dan Selasa adalah hari terbaik untuk melawat istana-istana di Seoul disebabkan ada istana yang tutup pada hari Isnin dan Selasa. :) Pilihlah hari Khamis, Jumaat, Sabtu atau Ahad mengikut jadual masing-masing. Hehehe

1.


Changdeokgung Palace dan Secret garden

(99, Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul)

Changdeokgung Palace
- Open hours : 09:00 am - 18:00 pm (TUTUP hari Isnin)
- Yuran masuk ke palace : 2,400 won (RM 8.83)

Secret Garden
- Open hours : 10:00 am - 17:00 pm
- Fee masuk: 8,000 won (RM 29.43)
Untuk masuk ke secret garden, kenalah ada guide tour dan guide tour ada jadual tersendiri.
- English guide tour : Jam 10:30 am, 11:30 am, 2:30 pm dan 3:30 pm hanya pada bulab Feb - Nov.
Tiket boleh dibeli dikaunter tiket. Tetapi ingat sebab tiket adalah limited.

TIPS: Lebih baik untuk beli combo tiket sebab boleh access ke 4 buah istana (Changdeokgung, termasuk Secret Garden, Changgyeonggung, Deoksogung dan Gyeongbokgung) serta Jongmyo Shrine hanya dengan 10,000 won (RM 36.79). Jimat kan? Risau tidak sempat untuk melawat semua tempat? Tak perlu sebab combo tiket valid selama 3 bulan. Lagi syok kan?

- Transport :
1) Subway : Angguk Station (Seoul Subway Line 3) Exit 3
2) Bas: Ambil bas warna biru No. 100, 102, 104, 106, 107, 108, 140, 143, 150, 151, 160, 162, 301 atau 701 dan turun di bus stop Changgyeonggung Palace.

2. Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village mempunyai kawasan yang berbukit. So, pastikan anda membawa air yang mencukupi. :)

(37, Gyedong-gil, Jongno-gu, Seoul)

- Open hours : Sentiasa buka sepanjang tahun.
- Bayaran masuk : FREE
- Transport :
1) Subway : Angguk Station ( Seoul Subway Line 3) Exit 1 atau 2.
2) Bas : Ambil bas Jongno (maeul = kecil / kampung) No. 5 dan turun di Station Bas Bukchon Hanok Village.
- sewa hanbok di Klook apps (RM 66 utk 4 Jam / RM 103 utk satu hari)

Setelah penat berjalan-jalan di Buchon Hanok Village bolehlah singgah makan di Halal Kitchen.

3. Makan di Halal Kitchen (Lunch or Dunch)

(86-4, Samcheong-ro, Jongno-gu, Seoul)
- Open Hours: 11:00 am - 09:00 pm (TUTUP pada hari Selasa)
- Halal Kitchen menyediakan makanan-makanan korea seperti bulgogi, teokbokki, dakbokkeumtang.
Mereka juga menyediakan servis penghantaran.
Harga makanan 9,000 won - 15,000 won untuk main dish
- Anggaran bajet untuk makan adalah 20,000 won (RM 73.81) seorang termasuk minuman, side dish dan main dish.


4. Gyeongbokgung Palace:

(161, Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul)
- Open hours : 09:00 am - 06:00 pm (TUTUP pada hari Selasa)
- Bayaran masuk : Dewasa : 3,000 won (RM 11.03), Kanak-kanak : 1,500 won (RM 5.52)
- Transport : 
1) Subway : Gyeongbokgung Station (Seoul subway Line 3) Exit 5/ Exit 1.
2) Bas : Ambil bas no. 1020, 7025, 109, 171, 172, 601 atau 606 dan turun di Bas station Gyeongbokgung.

Sewa hanbok - boleh beli tiket di Klook. Sehari RM103 atau 4 Jam sahaja dengan RM 66. Ataupun do Oneday hanbok store. Taip jaa d google.😊 Bagi yang tak mahu sewa hanbok pun boleh, tapi ini adalah pengalaman seumur hidup. Bila lagi dapat pakai hanbok dan feeling-feeling seperti tuan puteri kan? Hehehe

5. Deoksugung Palace

(99 sejong-daero, Jung-gu, Seoul)
- Open hours: 09:00 am - 09:00 pm (TUTUP pada hari Selasa)
- Bayaran Masuk: Dewasa : 1,000 won (RM 3.69) / Remaja : 500 won (RM 1.85)
- Transport :
1) Subway : City Hall Station (Seoul Subway Line 1 atau 2) Exit 1,2 atau 3
2) Bas : Warna biru No. 103, 150, 401, 402, 406, 604, N16
             Warna hijau No. 1711, 7016, 7022
             Turun di perhentian bas City Hall Deoksugung Palace

Then balik ke guesthouse/hostel/hotel, makan malam dan rehat atau
Singgah di Night Street Food untuk beli makan makan sebelum balik ke tempat penginapan.
Pulihkan tenaga untuk hari kedua.

Anggaran bajet untuk Hari 1 adalah 57,920 won (RM213.74) / 47,900 won (RM176.80) = PALACE COMBO TIKET 10,000 won + MAKAN 20,000 won +  SEWA HANBOK SEHARI 27920 won (RM103) / SEWA HANBOK 4 JAM 17,900 won (RM 66)

HARI 2 / DAY 2 

1. Namsangol Hanok Village


(28, Toegye-ro, Jung-gu, Seoul)

- Open Hours: 09:00 am - 08:00 pm (TUTUP pada hari Isnin)
- Bayaran masuk : FREE
- Transport :
1) Subway : Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3 & 4) Exit 3 / 4
    - Jalan sepanjang jalan diantara Oh!zemidong (Chungmuro Media Centre) dan Bangunan Maeil Business Newspaper (150m)
2) Bas : No. 104, 105, 140, 263, 507, 604, 421 atau 7011 dan turun di perhentian bas Toegyero 3(sam)-ga  (National Pension Service).

2. Namsan S Tower dan Observation Tower.


Namsan Tower sangat cantik pada musim bunga dan luruh di waktu pagi kerana perjalanan sepanjang ke Namsam Tower dipenuhi dengan pokok bunga sakura dan dedaun yang gugur pada musim luruh. Pada waktu malam pula, kecantikan bandaraya Seoul boleh dilihat di Observation Tower. 

(105, Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul)

Dek kekunci

- Open hours: Buka sepanjang tahun
- Bayaran masuk : FREE

Observatory Tower

Open hours: 10:00 am - 11:00 pm
Bayaran masuk: 10,000 won (RM 36.78) untuk dewasa dan 8,000 won (RM 29.42) untuk kanak-kanak.

Cara untuk pergi:

1) Cable Car: Turun di Myeongdong Station (Seoul Subway Line 4) Exit 3
- Tambang (pulang-alik) : 8,500 won (RM31.37)
- Sehala : 6,000 won (RM22.14)

2) Bas :
- Namsan Circular Shuttle Bas No. 02
Ambil bas dari subway yang terdekat :  Chungmuro Station (Seoul Subway Line 3/4) Exit 2 di depan Daehan Cinema ataupun di Station Dongguk University (Seoul Subway Line 3, Exit 6)
- Namsan Circular Shuttle Bas No.03 (Untuk daerah Itaewon)
Ambil bas dari subway terdekat : Itaewon Station (Seoul Subway Line 6, Exit 4)
- Namsan Circular Shuttle Bas No.05 (Untuk daerah Myeongdong)
Ambil bas dari Station terdekat: Myeongdong Station (Seoul Subway Line 4) Exit 3

3. Haneul Park dan Noeul Park (WORLD CUP PARK)



(243-60, World Cup-ro, Mapo-gu, Seoul)

Buka sepanjang tahun
Transport:
1) Subway : World Cup Stadium (Seoul Subway Line 6) Exit 1,
"Turn right and go around the stadium.
Follow the big road and turn left to cross the stree at the 4-way intersection."
2) Bas: Bas warna biru No. 171 atau 271 / Bas warna hijau No. 7011, 7013, 7714 atau 7715.
Turun di perhentian bas Pintu masuk World Cup Park.

Setelah penat berjalan, kita sejukkan tekak dengan makan korean bingsu!

4. Sulbing Korean Dessert




Dalam perjalanan balik ke Myeongdong, singgah di Sulbing Korean Dessert untuk makan bingsu! Memang rugilah kan kalau ke Korea tapi tidak merasa bingsu sebenar.

Open hour: 10:00 am - 10:00 pm

(20, Myeongdong 10-gil, Jung-nu, Seoul)

Ini cara untuk pergi ke Sulbing Korean Dessert:

"Myeong-dong Station Line 4, Exit 6. As you exit this subway you'll be walking into a busy street with a notably huge Nature Republic branch at the corner of the first row of shops on your left. Take the left turn right at the 2nd door of the shop in the back and walk straight (around 60-70 metres) until you reach the next junction to the right. Take this junction, walk straight and look out for another Nature Republic branch on your left side and The Saem on the right; immediately after you pass another junction to right. Sulbing Korean Dessert Cafe (black signage) is right above Nature Republic as shown in my photo above."

ATAU

(Tingkat 2, Namgyeong building, Myeong-dong 2-ga, Jung-gu, Seoul)

Cara:

Once you walk out of Myeongdong Station, Line 4 (light blue), exit 6 — go straight until you see Dunkin Donut’s. Then turn left and walk straight until Vip’s. Turn right, and you will see Seolbing is on your left, on the second floor, on top of Red Eye.

Anggaran harga: 6,000 won - 12,000 won (Kalau nak cuba banyak, kena sedia banyak duit) πŸ˜†



Nampak menyelerakan, kan?! πŸ˜­πŸ’—

5. Dinner di Busan Jib (HALAL) Myeongdong


Terdapat pelbagai jenis makanan korea di Busan Jib ni. Ada teokbokki, Soy Sauce marinated Crab, bibimbap serta Sotong kurita stew yang masih hidup pun ada. 😨 Sesetengah blog yang saya baca, mereka kata makanan di Busan Jib ni agak mahal tapi berbaloi sebab rasa dia sedap dan portion dia banyak. Saya plan dekat sini nak makan teokbokki (10,000 won) dan bibimbap (8,000 won). πŸ˜‹

Anggaran harga makanan : 8,000 won (RM29.58) - 60,000 won (RM 221.88)

Direction:
Kalau korang dari Myeongdong Station Exit 6 & 7 di mana Uniqlo di sebelah kanan (opposite Nature Republic), just go straight until you see Apple Frisbee on your right. Kedai makan ni terletak di lorong just before Frisbee.

Tamatlah sudah hari ke 2 di Seoul Korea. So, anggaran bajet untuk hari ini ialah
39,500 won (RM146.07) = Observatory Namsan Tower 10,000 won (RM37) + Cable car (pergi dan balik) 8,500 won (RM31.43) + Bingsu 12,000 won (RM44.38) + Busan jib 18,000 won (RM66.56)


HARI 3 / DAY 3 ( Garden of Morning Calm + Nami Island + Petite France)

Bagi yang pertama kali pergi ke Garden of Morning Calm, Nami Island dan Petite France sebaiknya anda menggunakan khidmat tour ataupun package bagi memudahkan perjalanan anda. Antara kebaikannya adalah pengangkutan, tiket masuk dan jadual perjalanan telah disediakan. Jadi anda tidak perlu memeningkan kepala anda. Keburukannya adalah mahal. Kos hampir mencecah 811,300 won (RM 300). Anda boleh book di trazy ataupun klook. 

Cara yang murah adalah pergi sendiri dengan menaiki Bas Gapyeong City Tour = 6,000 won (RM22.19).
1) Myeongdong station - Subway Line 4 - Sinyongsan Station - Jalan ke Yongsan Station - Yongsan Station (ITX) - Cheongpyeong Station (Gyeongchan Line) Exit 2.
2) Then cari Bas Gapyeong City Tour. Tiket bas beli dengan pemandu dan ianya valid selama sehari untuk pergi dan balik.
3) Bas adalah sangat menepati masa, Oleh itu, pastikan anda mengikut jadual bas untuk memastikan jadual anda sentiasa teratur. 

1. Garden of Morning Calm



(432, Sumogwon-ro, Sang-myeon, Gapyeong -gun, Gyeonggi-do)
Open hours: Buka sepanjang tahun - 08:30 am - 07:00 pm 
Bayaran masuk : 9,500 won (RM 35.13) -Seorang / 8,500 won (RM 31.43) - Berkumpulan

Then naik Bas Gapyeong City Tour ke Nami island. 

2. Nami Island



(1, Namiseom-gil, Chuncheon-si, Gangwon-do)

Untuk ke Nami Island, anda perlu menaiki feri. 
Tambang feri ialah : 13,000 won (RM48.07) termasuk tiket masuk ke Nami Island. 

Setelah puas ambil gambar boleh lah singgah makan di

3. Asian Cuisine Restaurant






Asian cuisine adalah restoran yang mempunyai sijil halal. Bagi yang muslim tidak perlu risau, takut kebuluran. 
Plan disini adalah untuk makan Jajjangmyeon - kos 9,000 won (RM33.28) - 10,000 won (RM 36.98).

4. Petite France


(1063, Hoban-ro, Cheongpyeong-myeong, Gapyeong-gun)
Open Hours: Ahad - Khamis : 09:00 am - 06:00 pm, Jumaat - Sabtu : 09:00 am - 08:00 pm
Bayaran masuk : 10,000 won (RM37)

Jangkaan habis waktu lawatan jam 06:00 petang. 

Anggaran kos untuk hari ke 3 ialah 
1) Usaha sendiri : 48,500 won (RM 179.36) = 6,000 won (tambang Bas Gapyeong City Tour) + 9,500 won (tiket Garden of Morning Calm) + 13,000 won (Nami Island) + 10,000 won (makan) + 10,000 won (Petite France) #tidak termasuk tambang subway dan ITX
2) Package tour : RM300 #tidak termasuk wang makan, subway dan ITX

ANGGARAN BAJET UNTUK TIGA HARI IALAH 145,920 won (RM 540)
Ini hanya anggaran kasar sahaja. Banyak lagi benda anda boleh minus dan tambah tempat-tempat yang anda ingin pergi. 😊

Itinerary hari selebihnya akan bersambung di sini

Comments