LIMA ISTANA YANG WAJIB ANDA LAWATI DI KOREA! (Fees, Subway dan Bas)


Korea terkenal dengan 5 jenis Istana yang menjadi tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke Korea. Istana-istana ini telah dibina pada Zaman Dinasti Joseon dan masih digunakan sehingga sekarang untuk pengambaran filem dan pelancongan.

I) Gyeongbokgung Palace



Gyeongbokgung Palace terletak di

161, Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul
서울특별시 종로구 사직로 161 (세종로)

telah dibina pada tahun 1395 dan juga dikenali sebagai Northern Palaca (ISTANA UTARA) kerana istana ini terletak di sebelah utara berbanding dengan istana-istana yang lain. Ianya juga boleh dikatan istana yang tercantik dan terbesar diantara istana yang lain. Oleh itu, pelancong lebih tertumpuh kepada istana ini.

Operating hours :

SELASA: TUTUP

Isnin - Ahad :

November - Februari (Winter / Musim sejuk) : 09:00 am - 05:00 pm
Mac - Mei  (Spring / Musim Bunga) : 09:00 am - 06:00 pm
Jun - Ogos ( Summer / Musim Panas) : 09:00 am - 06:30 pm
September - Oktober ( Autumn / Musim Luruh) : 09:00 am - 06:00 pm

Fees / Yuran : 
Dewasa ( 19 - 64 tahun) : 3,000 won (RM 10.94)
Kanak-kanak ( 7 - 18 tahun) : 1,500 won (RM 5.47)

#Jika anda memakai hanbok ( baju tradisional korea) yuran masuk adalah FREE!

Cara untuk ke Gyeongbokgung Palaxe

1) Bas
Ambil bas no. 1020, 7025, 109, 171, 172, 601 atau 606 dan turun di Perhentian bas Gyeongbokgung Palace.

2) Subway
Turun di Gyeongbokgung Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5 ataupun
Anguk Station ( Seoul Subway Line 3), Exit 1

II) Changdeokgung Palace and Huwon (창덕궁과 후원) 

Changdeokgung Palace terletak di



99, Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul

Istana ini adalah istana kedua yang dibina setelah Istana Gyeongbokgung pada 1405 Zaman Dinasti Joseon. 


Operating Hours:

ISNIN : TUTUP

Februari - Mei (Spring / Musim Bunga): 09:00 am - 06:00 pm
September - Oktober (Summer /  Musim Panas): 09:00 am - 06:00 pm
Jun - Ogos (Autumn /  Musim Luruh): 09:00 am - 06:30 pm
November - Januari (Winter / Musim Sejuk): 09:00 am - 05:30 pm


Boleh rujuk link dibawah untuk lihat yuran kemasukan: 



Cara untuk pergi ke Chandeokgung Palace:
1)Melalui Bas


-Ambil bas berwarna biru no. 100, 102, 104, 106, 107, 108, 140, 143, 150, 151, 160, 162, 301, 710
ataupun

-Bas Airport no 6011
dan turun di perhentian bas Changyeonggung Palace.
2) Subway
- Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 3
Jalan lurus daripada Exit 3 selama 5 minit untuk tiba d pintu hadapan istana

III) Changgyeonggung Palace (창경궁)



terletak di

185 Changgyeonggung-ro, Jongno-gu, Seoul
서울특별시 종로구 창경궁로 185 (와룡동)

iaitu ditengah-tengah Seoul, Korea dan dibina pada tahun 1418 - 1450 pada Zaman pemerintahan Raja Sejong (Dinasti Joseon). Istana ini juga terkenal di kalangan pelancong untuk drama Secret Garden. Bagi peminat drama korea, istana ini adalah wajib untuk anda lawati!

Operating hours:

ISNIN : TUTUP

Februari - Mei : 09:00 am - 06:00 pm
September - Oktober : 09:00 am - 06:00 pm
Jun - Ogos : 09:00 am - 06:30 pm
Novmember - Januari : 09:00 am - 05:30 pm


Fees/Yuran :

-Dewasa (19 dan keatas) : 1,000 won (RM 3.65)
-Kanak-kanak (7 - 18 tahun) : 500 won (RM1.85)


Cara untuk pergi:


1) Bas

Bas berwarna biru no. 100, 102, 104, 151, 171, 272, 301, 601, 710 ataupun Bas Airport no 6011
dan turun di perhentian bas Changyeonggung Palace atau Seoul University.


1) Subway

- Turun di Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 3

IV) Deoksugung Palace (덕수궁)


terletak di 

99 Sejong-daero, Jung-gu, Seoul
서울특별시 중구 세종대로 99 (정동)

adalah Istana yang ke-4 daripada 5 istana dan digelar sebagai West Palace. Istana ini merupakan kediaman Raja Wolsan pada Dinasti Joseon. Struktur Istana ini diperbuat daripada kayu dan simen dan beberapa bangunan telah dibangunkan mengikut gaya barat. 

Tekan link dibawah ini untuk lihat lebih lanjut mengenai sejarah Istana Deoksugung. 


Operating hours:

ISNIN : TUTUP

Selasa - Ahad : 09:00 am - 09:00 pm

Fees / Yuran :
- Dewasa : 1,000 won (RM 3.65)
- Kanak-kanak : 500 won (RM1.85)

FREE: Memakai Hanbok (baju tradisional korea) dan pada hari rabu setiap akhir bulan (Culture day)

Cara untuk pergi:

1) Bas
Turun di depan City Hall, perhentian bas Deoksugung Palace
Bas berwarna biru no. 103, 150, 401, 402, 406, 604, N16
Bas berwarna hijau no. 1711, 7016, 7022

2) Subway
City Hall Station (Seoul Subway Line 1, 1) Exit 1,2 atau 3


V) Gyeonghuigung Palace (경희궁)


terletak di 

55, Saemunan-ro, Jongno-gu, Seoul
서울특별시 종로구 새문안로 55 (신문로)

yang dikenali sebagai "a palace of the west". Pada masa penjajahan Jepun, Istana ini pernah dirobohkan tetapi dibangunkan semula oleh Kerajaan Korea pada tahun 1990an. Istana ini berdekatan dengan Muzium Sejarah Seoul, Jeongdong Street. Setelah ke Istana Gyeonghuigung, anda boleh ke Istana Deoksugung dengan melalui Jeongdong Street.

Operating hours:

ISNIN :  TUTUP

Selasa - Ahad : 09:00 am - 06:00 pm

Yuran kemasukan adalah FREE!

 Cara untuk pergi:

1) Bas 
Turun di Seoul Gyeonggyojang House, Seoul Museum Of History, Perhentian Bas Kangbuk Samsung hospital
Bas bewarna biru 
No. 101, 160, 260, 270, 271, 470,710 721

2) Subway
Seodaemun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 4.



Sekian sahaja dari saya. :) Have a nice trip.

Comments